ALL ABOUT ART OF SEEING~~~

Tuesday, October 9, 2012

Mobile Clinic 2012 - Kampung Alutok, Tenum Sabah

Sekali lagi ak diterbangkan ke negeri dibawah bayu...kali ini aku dibawa ke Kampung Alutok, yang terletak di daerah Tenom, Sabah, yang mengambil masa kira-kira 6jam perjalanan dengan menaiki pacuan 4 roda dari Kota Kinabalu.        
Wanita Arab yang sering kali mencuri pandangan, aku dan elin sewaktu di KLIA.
Khamis, 4 Oktober 2012, kira-kira jam 12 tengahari kami tiba di Terminal KLIA. Dalam perjalanan ke KLIA, kami mendapat banyak pangilan dari pihak media yang mengatakan bahawa mereka telah berada di terminal KLIA. Setibanya di Terminal KLIA, kami sibuk menguruskan perihal tiket dan check-in semua ahli kumpulan kami...masa berlalu tidak di sedari akan tetapi kumpulan kami masih belum sempurna kerna salah seorang media dari malay mail masih belum menampakan diri beliau...jam telah menunjukan 1.20 petang...'ok call her cellphone' kata seorang sahabat...selang dua minit...'i hv call her mobile, but her sister said...telephone beliau tertingal dirumah'...khmm...kami terima kasih to Encik Azian(UMWtravel) yang sering kali memeriksa sama ada 'beliau' telah re-print boarding pass atau tidak...and luckily yes...now its time to masuk kedalam perut burung besi...sharp at  1.35pm
Kak Liza menerangkan serba sedikit akan program 'Mobile Clinic' kepada Kak Nurul(BERNAMA) 
Thanks to Kak Nurul yang membantu kami Check-in barang-barang.
Masa yang terluang di dalam pesawat MAS di isi sebaik-baiknya!!! erk :p
Kak Liza bersama En Akhbar...khmm apa yang mereka perkatakan...khmm~~~
Kami tiba di hotel Promenade Kota Kinabalu kira2 jam 5 petang. khmm...maaf untuk memperkotak katikkan hotel ini...sesungguhnya, budget hotel yang bersepah di sekitar Kota Kinabalu ini lebih menarik keadaanya, sebagai contoh, hotel-hotel budget yang terletak di sekitar KK Times Squre.
Pemandu pelancong menceritakan akan serba sedikit sejarah asal usul sabah. Menurut beliau Kota Kinabalu dahulunya dinamakan sebagai Api-Api. Kemudiannya ditukar pula dengan nama Jesselton sempena nama seorang pembesar British iaitu Sir Charles Jessel. Akhir sekali nama Jesselton ditukar dengan nama Kota Kinabalu. Pelbagai cerita yang dikaitan dengan nama  sejarah 'Api-api' ada yang mengatakan dahulunya kawasan tersebut di tumbuhi oleh pokok-pokok api yang menjadi habitat kunang2 dan ada yang mengatakan dahulunya kawasan tersebut merupakan markas tentera British yang telah dibakar oleh orang kampung
Q&A session with Media
The Group
Dr Wafi di interview oleh pihak media sebelum kami bertolak ke Kampung Alutok, Tenom.
Flag off oleh Dr Wafi(UMW), Puan Raja(MERCY)
Sarapan pagi di sediakan oleh pihak MERCY di kawasan Penampang.
'Nature Call' di kawasan Batu 16 jalan Keningau-Kimanis
refueling tank
lagu dendangan M.Nasir yang berjudul 'Hati emas' mermain di bibir...
berjalan di tanah gersang, mentari mencengam dada, debu-debu di jalanan, menadi teman setia....
Nature call part 4
Pihak media tidak melepaskan peluang untuk merakamkan sedikit sejenak memori perjalanan yang mendebukan...
The UMW community champion :) 
welcome onboard masta!!!
nah amek ko...sedap tak rasa debu-debu jalanan!!!
aku juga xmelepaskan peluang merakamkan kenangan melepak makan debu di atas Toyota Hilux.
oh padi huma...
oh my century of kelah!!!
kumpulan kami bergotong royong mengagih2kan segala barang dan peralatan yang di bawa
the FREEZER!!!
kids and candy...love u guys... :)
persediaan for our dinner...love u guys...sedap gila!!!
sebagai menyambut kehadiran kami, para penduduk kampung mengadakan persembahan tarian menandakan rasa terima kasih mereka akan kehadiran kami. 
wakil RTM sabah mengambil peluang utk bermesra dengan anak2 Alutok.
Yasmen with kids or kids with her = the same...huhuhu :p
the team!!!
Mereka dihiburkan dengan tayangan video dari tab salah seorang pemandu pacuan 4roda kami.
'Kakak...kami nak belon...kakak...pelis dong...' jerit salah seorang kanak2...
diantara penduduk yang terawal sampai di klinik kami...
the public transport...
oh my gigi!!!
si cucu yang menemani atok dan neneknya mendapatkan rawatan...tersentuh hati aku melihat beliau dari awal beliau datang bersama atuk dan nenek...dgn kayu as tongkat atoknya di tangan serta bag tangan nenek beliau yang bersimpang di bahu...
Ardi(Tv Alhijrah) menunjukan gambar2 yang dimemorikan dengan telefon bimbit beliau...
how sweet~~~
pintu masuk chapel yang kami jadikan sebagai pusat perubatan serta tempat kami bermalam.  
49...49...49...balqis...salah seorang petugas MERCY bertugas menjadi peti anka giliran...kih kih kih...sesuai lah tu kan dgn beliau yang ibarat bertih jagung... :p
ikan peliharaan penduduk kampung yang hibup bebas tanpa sekatan...
waktu melihat peristiwa ini...hati ak sebak seketika...
Fauzi(Tv alhijrah) tidak melepaskan peluang memberi makan kepada ikan2 kelah yang hidup bebas tanpa ancaman...tetapi, berapa tahun lagi ia akan bertahan?...
take 5!!!...pihak media dan sukarelawan sedang menikmati juadah ringkas...
am i alone...
gembira ak lihat kanak-kanak ini main mainan yang ak beri pada beliau...huhuhu
salah seorang doktor gigi sedang take 5 after selepas penat merawat pesakit...
merenung masa depan...
mereka2 yang penat melayan pesakit...keep it up!!! love u guys.
kira2 jam 2petang kami meningalkan kawasan perkampungan Alutok...sedikit sebak melanda di jiwa...mungkin kerana terlalu daif melihat akan kehidupan penduduk disini, serta perasaan belum puan utk bersama dan mengenali mereka...pelbagai pertanyaan tercetus sewaktu ak mendekati mereka, boleh kah kami memohan sokongan utk mendapatkan klinik dan jalan yang lebih elok untuk ke kampung kami...telah bertahun2 kami pohon tetapi masih tidak ada tindakan...itu kata salah seorang penduduk kampung...khmm...ak tidak boleh berkata apa2 kecuali memberi tangapan positif sahaja...
oh my kopi!!!
sedikit kekacang peneman perut yang sedang bekeroncong...huhuhu
salah sebuah kenderaan yang kami naiki mengahadapi masalah brake...oleh hal yang demikian , dengan bermurah hatinya kenderaan yang ak naiki menemani perjalanan mereka bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak di ingini berlaku...kami mengunakan jalan lama keningau - KK yang agak jauh dari jalan yang kami lalu di perjalanan awal kami. Kami tiba di lobi hotel kira-kira jam 6.48petang.
sebuah lori yang membawa muatan tong gas telah menyebabkan sedikit kesesakkan lalu lintas akibat dari kemalangan kecil yang melibatkan seekor kerbau dewasa...'fuhh...nasib la lori besar...kalau kereta...surely meninggal dunia'...
KKIA...again...i will miss this place...yes i will.
oh KLIA...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...