ALL ABOUT ART OF SEEING~~~

Monday, April 25, 2011

- Jejak-jejak Cameron Highlands.

















makan!!!

Yong Tau Foo at Yik Mun Paw Tg Malim.

on the way to Ipoh, aku drop by Tg Malim untuk lunch...so kami berhenti di kedai paw terkenal disini known as Yik Mun...yum yum yum...dap gak...tapi tak sesedap hidangan dibawah...huhuhu

nasi goreng udang... RM7.50 per plate

khmm...just nk share pengalaman aku sewaktu berada di Ipoh, Perak. Untuk program perasmian MSAM 2011...dorunk kata nasi goreng udang ni sedap...so...ak pon oder ja lah...ya ampun...memula ak tgk juadah ni...ak sangkakan lauk ja...rupa2nya...nah amek kau...superdupie~~~klo tak silap aku lah kan...ada lebih dari 30ekor udang untuk satu nasi goreng udang...bayangkan...satu sudu nasi bersama seekor udang...and when nasi abes...ade lagi bertimbun2 udang yang perlu di ratah...ya ampun...kekenyangan udang aku malam tu...huhuhu...and...yoish...sedap GILA!!!

Monday, April 11, 2011

memories with meimon(meilizanida)

Penghargaan...

Thursday, April 7, 2011

oh my Bosses

@ MNB bercerita...

mlm ni...
ak rasa agak sukar nk tidur...tak tahu apa yang sedang bermain kotak difikiranku....ak mengadap nyalaan lampu dari monitor yang sering menemaniku dikala aku sepi..sambil ak mendengar lagu dari koleksi MP3 yang ada dlm MAC ni...dan tiba2...terdendang sebuah lagu dari sebuah drama yang ak sangat minat sampai ke hari nih...just nk share video ni ngan kawan2...huhuhu...

khmm...maybe ak just rindukan seseorg...and yes i mis her so much...love u sayang...now and forever...miliku adalah milikmu kerna kau adalah isteri yang dipinjamkan olehNYA padaku sementara di dunia yang hanya seketika ini...akan ku cuba bahagiakan kamu selagi belum aku kembali padaNYA yang MAHA ESA...
ish...berjiwa2 plak ak mlm nih...moga esok merupakan hari yang indah buat aku, dia dan kedua ibubapa kami...amin.

Wednesday, April 6, 2011

Bagaimana mendapatkan hati yang tenang dan bahagia:

1. Elakkan mengambil tahu tentang mereka di sekeliling kita yang kelihatan bahagia dan membandingkan dengan diri kita. Ini adalah tidakan yang negatif dan pesimis kerana ia bukan saja membuatkan kita berasa “Kenapa aku yang tidak bahagia, sedangkan orang lain boleh bahagia?” malah menjadikan kita menolak kebahagiaan dalam dari kita sendiri. Bila kita sering merasakan kita tidak bahagia kerana melihat orang lain yang bahagia, perlahan2 bahagia itu akan lari dari kita.


2. Fokus pada sesuatu perkara yang membahagiakan. Jangan melihat pada apa yang hilang dari kita, sebaliknya lihat pada apa yang masih tinggal. Kalau pasangan kita tak membahagiakan dari sesuatu sudut, pandanglah pada sudut yang lain. Jangan difikir pada benda yang tak ada, sebaliknya optimumkan apa yang tinggal untuk kita dan berbahagialah.
3. Melihat pada mereka yang lebih malang nasibnya. Kalau kita miskin, syukurlah kita tidak hidup melarat. Kalau kita tak ada kerja, syukurlah kita masih boleh makan dan tidak perlu pergi mencuri merompak. Kalau pasangan kita mengabaikan kehendak kita, syukurlah dia tidak ‘main’ luar. Kalau anak kita sering sakit, syukurlah kita ada duit untuk merawatnya. Di luar sana ramai orang hidup melarat, homeless, pasangan yang curang dan zalim,anak-anak menderita sakit sebab takde duit….
4. Menjadikan masa-masa yang ada untuk meperbaiki diri, bukan menangisi nasib. Kita selalu rasa tak bahagia, kerana kita ada banyak masa untuk memikirkan tentang betapa tidak bahagianya kita. Gunakan masa yang ada itu untuk memperbaiki diri, mencari kebahagiaan yang hakiki itu,bukan merintih dan mengeluh “Betapa malangnya nasibku~”. Rintihan yang paling baik adalah rintihan pengaduan kepada Tuhan. Jadi, mengadulah padanya.
5. Usah pinta dikecilkan ujian, tapi mintalah dibesarkan hati. Bila Allah menurunkan sesuatu, contohnya perasaan tidak bahagia itu, kita mungkin sering minta supaya diberikan kebahagiaan, dan dibawa benda2 kesedihan itu jauh2. Mintalah doa dilindungi dari hammi wal hazan yakni kegelisahan dan kesedihan, dan dikuatkan hati, diberi kesabaran dan ketahanan untuk menghadapi ujian2. Setiap perkara yang Allah turunkan kepada kita, adalah untuk menguatkan kita. Masa kita belajar, kita diberi ujian dan peperiksaan untuk melihat prestasi kita. Sekiranya semua soalan bocor, dan cikgu pula banyak diskaun markah, apa yang kita dapat? Masuk U kita mungkin jadi yang paling bodoh sebab sebelum ni cikgu banyak tolong. Allah memberikan kita ujian2 supaya kita dapat hadapi masa depan yang lebih mencabar. Gembiralah dengan ujian-Nya dan kuatkan hati.
6. Mengadu hanya kepada-Nya. Allah sentiasa ada bersama kita. Kadangkala diberikan hati yang tidak bahagia, sebagai mesej kepada kita bahawa apa yang kita nikmati didunia ni bukan asbab kebahagiaan. Bahagia itu ada bersama-Nya. Hati yang gusar dan tidak tenang, adalah petanda Allah memanggil2 kita untuk mendengar pengaduan kita. Ya, kita boleh jumpa mana2 kaunselor atau pakar motivasi, atau psychiatrist sekalipun, tapi mereka cuma boleh menunjukkan alternatif untuk menyelesaikan masalah kita, sedangkan Allah itu sendiri adalah penyelesaiannya.
7. Syukur dengan apa yang ada, jangan mengeluh pada apa yang tak ada. Pasangan yang takromantik, tapi kita ada pasangan. Ramai lagi di luar sana masih tercari2 pasangan hidup untuk berkongsi kebahagiaan mereka. Syukur..syukur… kita ada tempat bergantung. Ada orang yang tak bertemu jodoh, atau jodoh tak panjang. Namun itu bukan sebab mereka tidak berasa bahagia. Allah berada dalam tiap2 hati itu bukan kerana dia berkahwin atau tidak, beranak atau tidak, kaya atau tidak. Dia tetap ada, cuma kita saja yang kadang2 nampak, kadang2 tidak.
8. Diri kita berhak untuk bahagia! Jangan jadikan perkara2 menyedihkan dan tidak membahagiakan itu sebagai benteng untuk kita mencapai kebahagiaan. Ada orang yang tunduk kepada masalah dan akhirnya hidup dalam keadaan yang tak happy. JANGAN MACAM TU! Kita berhak untuk mendapat kebahagiaan. Jika pekerjaan kita tak membahagiakan, jangan fokus pada yang tak bahagia tu. Mungkin cuma fokus pada gaji je, hehehe. Adeh. Kalau pasangan kita kurang membahagiakan, jangan biarkan dia menghilangkan mood kita untuk bahagia. Fokus pada diri kita dan buatlah aktiviti2 yang boleh buat kita happy.
9. Tunjukkan pada dunia bahawa kita adalah individu yang paling bahagia, dan kita tak perlukan apa-apa untuk berasa bahagia, kerana kehidupan ini memang sesuatu yang membahagiakan!
Bahagia itu dari dalam diri 
Kesannya zahir rupanya maknawi 
Terpendam bagai permata di dasar hati
Bahagia itu ada pada hati 
Bertakhta dikerajaan diri 
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani
Bahagia itu ada dijiwa mahkota di singgah sana rasa 
Bahagia itu adalah suatu ketenangan
Bila susah tiada gelisah 
Bila miskin syukur pada Tuhan 
Bila sakit tiada resah dijiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman 
Ketahuilah dengan mengingati Allah jiwa kan menjadi tenang
Kebahagian itu suatu kesyukuran 
Bila kaya jadi insan pemurah 
Bila berkuasa amanah 
Bila berjaya tidak alpa 
Bila sihat tidak lupakan Tuhan
Hakikatnya bahagia itu adalah ketenangan 
Bila hati mengingati Tuhan
Semua insan kan mengerti 
Maksud terseni Ilahi 
Itulah zikir yang hakiki
Bahagia itu dari dalam diri 
Kesannya zahir rupanya maknawi
Bahagia itu ada di jiwa mahkota di singgahsana rasa 
Bahagia itu adalah suatu kesabaran
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...