ALL ABOUT ART OF SEEING~~~

Monday, November 5, 2012

Mercy Mobile Clinic Serawak Chapter - Kampung Lusong Laku

18 oct - Khamis
Petang yg super bz teramat sangat!!! Disebabkan terlalu banyak benda yg nk kene siapkan dlm satu masa...ak terpaksa menolak berberapa perkara dan menyebabkan ak kelam kabut utk pergi ke airport serta menyebabkan kami sampai di airport agak lewat...nasib kami agak baik kerana gate baru sahaja ditutup 2-3minit yang lalu...berterima kasih kepada pegawai yang bertugas membantu kami...syukur alhamdulillah...kalau lagi lewat alamat....khmm...
2015 - pangilan masuk...dah masuk dalam perot kapal terbang nih...boleh plak dia lepak isi minyak katanya...khmm
2032 - vushhh~~~pesawat air asia yg akan membawa kami ke bumi bertuah Miri terbang didalam hujan yg agak tebal,  terkadang gegaran  yg 'sangat seronok' ibarat menaiki pacuan 4 roda yang sedang mengharungi lorong2 jalan balak berlubang...naik turun...gegar sana sini...agak bedebar sebenarnya hati aku.
2216 - pesawat yang kami naiki selamat mendarat di lapangan terbang Miri...
2235 - kenderaan Mercy telah menunggu kami...kami singah sebentar di kedai minum utk membincangkan keadaan yang bakal kami harungi sepanjang misi kali ini.
2313 - Faizal(rakan sekuliah aku dahulu di UiTM) membawa aku bersiar2 di Miri dan kami lepak minum sambil membincangkan topic 'photography'...
0215 - ak tiba di hotel...sayonara...perjalanan esok sure memenatkan...golek2...jam 3++ baru aku dapat tido~~~ :(



19 oct - Jumaat
0603 - Berat mata ak pagi ini...alangkah indahnya jika dapat sambung tidur...
0650 - Turun ke lobby utk menikmati sarapan pagi yang disediakan oleh pihak hotel.
0713 - Bertolak dr Imperial Palace hotel Miri, menuju ke pejabat Mercy.
0800 - Selepas siap memunggah segala barangan dan peralatan, kami dibahagikan kepada berberapa kumpulan untuk menaiki kenderaan masing-masing sebelum memulakan perjalanan kami ke Kampung Lusong Laku.
0817 - Berhenti seketika di Petronas utk membeli sedikit bekalan makanan yang boleh dikunyah sewaktu perjalanan.
0825 - Perjananan diteruskan kembali.
1045 - di satu selekoh yang agak tajam, kelihatan sebuah lori sedang berhenti di tepi jalan. lori tersebut telah menumpahkan batu2 yang dibawanya dan berserakan di atas jalan
1123 - Take 5 di Hentian Batu Niah...menanti mereka yang masih belum sampai...khmm mengunakan masa yang ada dgn semaksima mungkin...makan seketika! Lapar sudah perut ku!!!
1400 - Rombangan kami tiba di Kampung Asap
1420 - Berhenti pam minyak tanpa nama utk memenuhkan tangki minyak kami dan tong tong minyak kerana selepas ini, perjalanan kami akan di temani oleh hutan2 belentara sejauh beratus2 kilomiter.
1435 - makan tengahari di kedai 'Soto Nor' yang terletak bersebelahan dgn balai polis belaga, Kg Asap...ak oder roti bom...Yang uniknya disini, roti bom di isi dgn telur dan di curah madu diatasnya, di dalamnya pula di isi dengan mentega dan gula...sungguh meriah roti bom di sini...
1500 - selesai makan tengah hari...kami mulakan kembali perjalanan kami...
1930 - Didalam kegelapan mlm kami sesat!!!...syukur setiap kenderaan yang kami naiki di bekalkan dengan seunit 'walkie talkie'
1945 - Regroup kembali...syukur
2023 - take 5 d kedai or warung ntah apa pun xsure...with meja snooker!!! Actually hati ak melonjak gembira td membayangkan yg kami telah sampai ke destinasi, wahal just a stop !!! Ush...lagi 1-2 hour!!!
2323 - akhirnya!!! Sampai sudah...siyes penat!!! Sampai nk tulis note ni pon dah tak terlarat...td masa nk bertolak dr kedai mkn...'alex' bg info dlm 1-2 jam...sat g...3jam!!! Bertolak dr hotel kira2 dlm jam 7am...than p pejabat mercy pungah2 barang masuk kereta and pembahagian tugas kerta kereta br lah bertolak...
0006 - ak dah berselubung dgn sleeping bag tiada tenaga utk makan...sekarang menanti masa utk melelapkan mata selepas mengharungi perjalanan selama 16jam!



Pejabat Mercy Miri, Sarawak.
Jalan Menuju Ke Kampung Asap.
Station Minyak tidak bernama di Kampung Asap
Makam yang indah seni binaanya
memulakan perjalanan dari Kampung Asap
Jalan raya disini agak teruk, mungkin kesan akibat dari lori2 balak yang keluar masuk di kawasan ini.
Offroad bermula!
First Gate!
Pemeriksaan oleh pihak yang berkuasa di kawasan ini.
licin dan basah serta berlumpur!
Ooh Mr Lori Balak!
Take 5!!!...ingatkan dah sampai...rupa2nya...jauh lagi!!!

Day 2 - 20 oct 2012
0609 - hujan menemani aku...just terfikir...mcm mana nk shoot time hujan? Khmm...mlm td ak tidur agak tidak lena...sering terjaga, mungkin kerana tempat baru dan mungkin juga kerna ak tidak 100% sihat...ak rasakan mlm td tidaklah begitu sejuk seperti yg ak jangkakan..huhuhu
0710 - having my first b'fast di perkampungan punan...makan roti with sardine dan air milo...tekak ak tak berapa nk sedap hari ini...
830 - kami berjalan kaki ke arah kampung yg terletak kira2 500m dari tempat dimana kami menginap...situasi disini masih mengekakan tradisi hidup mereka...yang paling menyedihkan ialah persekitaran hidup mereka yang agak kotor dan berbau...melihat mereka berjalan tanpa memakai sebarang alas kaki...dan mejoriti penduduk disini terselit segulung tembakau dibibir...khmm...
0918 - klinik gigi is started!!! So time utk lyn kamera...
0940 - difahamkan pak hosman akan melihat kawasan tadahan air dimana ianya digunakan oleh penduduk utk kegunaan harian...
0943 - kami berjalan kaki ke kawasan tadahan air.
- perjalanan sejauh kira-kira 3.6km sewaktu perjalanan pergi...ak di cium oleh 4 ekor penyengat yang bersarang di satu pokok tumbang yang betul2 terletak di laluan kami ke kawasan tadahan...berlari anak ak seketika...hish...tepat pula mengenai tangan kanan ak dimana menyebabkan ak tidak boleh mengunakan kamera!!! ;( dan 3 ekor lagi menyengat di kaki kanan :(...
Perjalanan pulang ke klinik agak memedihkan kerana tangan ak sentiasa berdenyut2 dan serta gatal satu badan Serta sesungguhnya ak kekurangan air...
1223 -setibanya aku didapur yg terletak di bawah klinik...akhirnya ak dapat menghilangkan daharga dgn air milo secawan dan air masak 2-3 cawan...dimana dapurnya kami gunakan utk memasak dan menjamu selera...
1303 - ak diberi suntikan utk elergi dan gatal2...perit sungguh time ak diberi suntikan...alonso said, sakit sikit sbb ubatnya agak pekat...khmm mmg terasa sakit dan pening yg teramat...nk air...nk air...kata aku...dan syukur ditenangkan oleh alonso..sbb mmg tidak boleh minum...kih kih kih...
123 - Ak menjamu perut dgn nasi goreng...walaupun lapar, tetapi terasa perit utk tekak aku...mungkin sebab batuk...
1517...ak take a nap sbb tak tahan sakit...
1531 - ak cuba utk restkan tangan ak yg di gigit penyengat td :( tp malangnya bilik ini ibarat sauna...telah ak cuba utk lelapkan diri aku tetapi :(
1546...basuh seluar yg ak pakai pagi tadi due to terlalu kotor and takut2 kalau kulit ak yg sesitif ni gatal2 lagi due to hama...
1608 - menanti seluar aku kering...
- rindu pula akan kampung halaman...siyes sgt rindu...rindu kat mak abah...hari tu tak sempat nk spend masa sangat due to wedding bern n abah buat dialisis...than...ak rindu nk dgr riri nanges...: ๐Ÿ˜ž๐Ÿ˜ญsiyes rindu...tp...khmm tiada siapa yg faham pemikiran ak yg agak tertutup dan tidak reti utk diluahkan dgn kata2...
1630 - masih menanti seluar ak kering...mood ak kini ialah mengaru!!!
1637 - ak melawat satu rumah penduduk tempatan yang mempunyai kolam dibawah rumah beliau...airnya teramat jernih dan terdapat pelbagai spisis ikan...sempat juga ak memberi kangkung sebagai hidangan petang mereka huhuhu ๐Ÿ˜Š
1656 - first time dlm hidup ak, ak melihat pelangi yg lengkap!!! Ak dapat lihat dimana mulanya pelangi petang ini...
1808 - selesai makan malam...menu mlm ini ialah ikan baung masak kicap dan pucuk manis goreng...ikan baung bersaiz super besar...hampir sama besar dgn betis aku! Cuma satu ja kurang...ikan masin...kalau ada ikan masin...puh puh puh sure sedap!!! Tambahan pula kalau ada sambal belacan...ish macam2 lah pulak kan!!!
1830 - hujan menemani senja ak disini... :)
2000  - briefing mengisahkan semua aktiviti hari ini...enjoy!!!
2253 - br ja abes berbual di dapur!!!
Pelbagai topik di bahaskan...dari perihal makan stream boat, sushi, xcdent, impian dan angan2 fazli yg nk jadi cantik..al pelik juga ak mendengar yg beliau ingin tukar warna mata beliau lah...nk tambah bulu lah...agak teruja ak mendengar kisah dan impian beliau...semoga apa yg dia impikan menjadi kenyataan...amin :)
- ok...now time ak melelapkan mata...moga esk merupakan hari yg indah...amin...



Selamat Morning...
kosong~~~
kami diperhatikan!
K.A besama pesakit!
Is good!!!
Persediaan Klinik Gigi...
Abby bersama pesakit...
Trek ke kawasan tadahan air...
terfikir...alangkah indahnya jika ada air paip yang bersih dan boleh di gunakan utk minum!
dibawah kawasan tadahan
bertripodkan batu!!!
Faiz yang di bantu oleh penduduk kampung sedang mengukur kedalaman dan keluasan kawasan tadahan...

Sejuk!
Kumpulan kami yang ke kawasan tadahan
ketua kampung sedang menunjukan tekanan air..

Day 3 - 21 oct 2012
0630 - good morning!!!
0735 - b'fast - donut & nasi berlauk sambal ikan bilis...
0835 - mulakan perjalanan ke kawasan perkampungan
0903 - mulakan sesi pengajaran dan pembelajaran cara mengosok gigi
0924 - klinik bermula
1100 - khmm...tiada lagi pesakit...kami sedang menanti kedatangan mereka...

1110 - berjalan ke tebing sungai, kerana terlihat sekumpulan kanak-kanak sedang bermain.
1155 - ak telah berada tempat penginapan, sesudah puas melayan kerenah kanak2 yg suka dirakamkan gambar mereka menunjukan aksi terjunan berirama ke sungai yg terletak betul-betul di belakang kampuang Lusong Laku.
1232 - Makan Tengahari...lauk yg menjadi santapan hari ini ialah mee segera celur berkuahkan kari ayam...ada yg melaporkan bahawa jalan keluar dr kawasan perkampungan telah runtuh...yg hanya boleh keluar hanyalah motor...hope segalanya telah di betulkan...amin...
Kami dari dapur klinik sedang melihat keletah anak beranak yg rajin membasuh baju sedang sibuk menyidai pakaian mereka...tersenyum sejenak...'imam muda bersama imam tua' terdengar kata-kata nakal di belakang aku...dan kami ketewa kecil...

1255 - update...selepas klinik jam 1 yang diadakan di Klinik Desa Lusong Laku bagi mereka yang menginap di kawasan ini, kami mungkin bertolak keluar...
1418 - Perjalanan pulang bermula...
1424 - Charlie 3 stop sebentar utk memberi peluang kpd ak utk mengambil gambar jeram Lusong Laku
1518 - Br melepasi kawasan yg hampir putus jalanya...tayar depan kereta yg ak naiki lepas tetapi tayar belakang kami memasuki lobang...syukur jalan tersebut tidak terus runtuh... :)
1526 - melepasi kawasan logging pertama
1545 - melepasi logging yard n repair area
1622 - melepasi port balak...
1626 - take 5 at first check point di kedai kopi yg ada snooker table..."Kedai Runcit Sinar Murum 2" nama kedai tersebut.
1635 - Perjalanan diteruskan
1745 - Melepasi kawasan repair & store utk penyelenggaraan elektrik
1804 - Melepasi kem, store n workshop hydro
1838 - Take 5 di Long Jaik. Bengkel lori dan pengumpulan kayu balak...Gelap mula menyelubungi perjalanan kami.
1854 - Perjalanan kami diteruskan..mula memasuki kawasan ladang
1946 - Melepasi gate dan memasuki kawasan pengumpulan balak...perjalanan  kami ditemani dgn debu yang teramat tebal...nasib baik charly 4 masih dibelakang...jika tidak kami sesat sendiri. Didalam kilang balak..dan akhirnya memasuki jalan berturap tetapi terlalu banyak lobang...
2001 - Take 5 di 'Anding Trading' yg terletak di kawasan kilang balak...menikmati makan malam kami di kedai ini...bantai jelah mee goreng...tak tau la status halalnya...yg penting ak tak nampak babi!!!...perot dah sebu...siyes lapar gila...mau idaknye lunch mkn mee segera je...huhuhu
Just check...dapur asing...syukur :) halal :)
2052 - Kembali memulakan perjalanan kami
2105 - Hujan menemani kami...syukur...ngam2 keluar je dr kedai makan dan memasuki jalan raya yg penuh lobang...now tgh seronok membebel guna walky talky...merepek pasal lobang!!!
2118 - Moving slowly 30-40kmj due to lobang yg gila banyak!!!
2139 - Melepasi jambatan batang berlaga!!! dan ia menjadi menjadi isu hangat!!!
Berkentot? = make love!!! Nah amek kau
Bubut = Membuntut!!!
2220 - Pacuan 4 roda kami tiba di Kampung Sg Koyan...ada diantara kami yang mengambil suntikan akibat dr scabies dan diantaranya hanya mengambil ubat sahaja...tp disini jd bahan lawak pula oleh fazli!!!...Charlie 2&4 meneruskan perjalanan ke miri...hanya Charlie 1&3 sahaja yang berhenti di Sg Koyan...
2300 - Meneruskan perjalanan ke Miri selepas mendapatkan rawatan di Klinik Desa Kg Sg Koyan...
0008 - Melepasi jambatan Sg Tabau
0015 - Melepasi janbatan Sg Kalaba
0018 - Melepasi jambatan Sg Enhkasu 2
0019 - Melepasi jambatan Sg Engkasu 1 dan kelihatan bumper kereta yg jatuh akibat melangar lobang
0030 - Melepasi jambatan Sg Kemena no 2
0101 - Melepasi simpang tiga Bintulu | Miri...papan tanda menunjukan perjanan sejuh 158km lagi ke arah Miri
0200 - take 5 di hentian batu niah bagi mengurangkan ngantuk kepada para pemandu serta melegakan isi perut...
Perbualan menghilangkan ngantuk
Faiz di dalam kereta ibarat menanduk bola
KA bertanyakan akan blog aku...erk...link sharing...
0253 - Sesudah selesai sesi berbual kosong di hentian ini...sesi berbual pula mengunakan w'talky sebelum memulakan perjalanan...pangilan dr c4 to all charlie...'imam muda dan imam tua masih belum masuk kereta' huhuhu
0307 - menyambung perjalanan ke Miri
0313 - berita pagi sewel is on9!!!
0429 - akhirnya kami tiba di dynasty hotel...



sebelum ke kelas memberus gigi...
termenung...
mengali longkang hanya dengan mengunakan parang dan tangan sebagai penyedok tanpa sarung tangan!
menunjukan tangan beliau yang luka-luka kesan dari batu yang tajam
Mr Anjing
Fazli dan kanak-kanak Lusong Laku...
Teruskan memberus!
Alex mengedarkan Hygiene
Merehatkan diri...
Berlari-lari anak menuju ke Klinik Gigi!
Periksa gigi...
Lompat!!!
Gedebush!!!...
Tembakau buatan tangan, segar dari Kampung Lusong Laku!.
Pulang makan tengahari selepas penat berkebun.
Pandangan Jeram Lusong Laku.
Kawasan Sekolah dan Klinik Kampung Lusong Laku.
Sebelum pulang.
My driver (Ken) and his father.
Memandang sayu...
Terbayang sesuatu...'kan best klo boleh main rafting kat sini!'...
Jeram Lusong Laku
Aku, Ken dan kereta!
no komen!

Day 4 - 22 oct 2012
0750 - bangun sebentar utk breakfast...terkulat2 ak membuka mata utk pergi sarapan pagi ini...huhuhu...
0815 - mana lah mereka ni...kata nk ke pejabat mercy?
0824 - kembali naik ke bilik...
0830 - sambung tidur lah...
1203 - Khmm Terjaga kembali...khmm layan movie je lah...
1323 - Lapar pula...tekan butang 5 di telefon 'room service' oder nasi goreng special!!!
1630 - Aku dan Arif ke bilik Tan (811) utk sapu lotion kulit akibat scabies ni khaa...Arep yg katanya tak kene sat g bila sapu je akohol td...nah amek ko...banyak gila kot!!!...perasan muke ko tak kene...kah kah kah...ketawa besar kami seketika.
1940 - menanti utk ke mercy office
2015 - Makan malam di Sajian Warisan
2132 - Briefing penutup, komen dan pendapat

Day 5 - 22 oct 2012
0659 - good morning miri...
0739 - breakfast at dynasty hotel miri
0815 - naik teksi to airport
0830 - arrived miri airport
0837 - selesai check in barang
0842 - di kaunter imegrasen...khmm DETAIL PAS LAWATAN AK HILANG DR PANDANGAN!!! Ibarat kertas kosong!!! Segalanya berpunca dari koyok...actually...untuk mengelakan hilang...ak letak la kat dalam plastik keras yg berisi koyok, al maklom lah ak tak bawak bag duit...bagi mengelakan kehilangan atau hancur akibat cuaca yang lembab sepanjang ak disini ak simpah lah ia dalam tu...tapi tak jangka pula segala isinya akan luntur kesan dr tindak balas kimia koyok tersebut ke atas karbon...dah kene tanya kat kaunter td...nasib baik tidak menjadi isu...
0855 - agak awal ak di departure hall...khmm what to do!!!
0945 - beratur di pintu A
0950 - mula memasuki perut kapal terbang
1204 - tayar menyentuh bumi semenanjung

1219 - menanti bag...khmm

**THE END***


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...